Apa itu kain Felt atau Kain Flannel?
![]() |
Kain Felt |
Kain Felt@Flannel atau lebih dikenali sebagai FELT adalah
jenis kain yang diperbuat daripada serat wool tanpa ditenun (yang tak jahit
lagi tu). Ia merupakan jenis kain yang tertua dalam sejarah manusia. Kain Flannel
atau Felt mempunyai banyak kegunaannya. Malah dalam industri automotif, muzik
pun ada menggunakan kain felt. Tapi dalam blog ini saya ingin mengaitkan FELT dengan
bidang crafting.
Mengikut kata pakar kita cik wikipedia, kain flannel atau
Felt merupakan :
- kain jenis bukan tenunan (non-woven)
- diperbuat dari acrylic, dan ada juga dari polyster
- terdapat dalam pelbagai warna, saiz dan ketebalan
- mudah utk di jahit, atau hanya guna gam shj,
- tak perlu kelim kerana fabrik nya bukan jenis berbulu di
tepi.
- sesuai utk home decor, kraf, tshirt juga aktiviti utk
anak-anak
Ada berbagai-bagai jenis felt yang ada dipasaran. (sekiranya
anda berminat untuk membeli, elok la bertanya kepada penjual tu, jenis dan juga
ketebalan felt yang mereka jual supaya
sesuai dgn craft yang kita nak buat tu)
Acrylic jenisnya lembut dan berbulu, sedikit tebal. Amat
sesuai untuk buat bantal, keychain yang diisi fiber, bunga-bunga dan
buah-buahan(hasil lbh nampak real).
Jenis polyster pula lebih keras, nipis berbanding jenis
acrylic. Sesuai untuk buat pencil case, hp case, dan untuk buat huruf. Dalam
kategori polyster ada dua ketebalan, ada yang terlalu nipis (low quality), ada
yang tebal skit (good quality).
Untuk penggemar-penggemar felt , setelah merujuk pada kajian saya telah memperolehi maklumat serta beberapa tips yang dapat kongsikan di sini :
1. Kain Flanel atau Felt merupakan fabric yang diperbuat
daripada wool. Jadi untuk menjaga kualiti felt yang anda simpan, rendamkan kain
felt tersebut di dalam air suam lebih kurang dalam 10 -15 minit utk membunuh
bendasing pada felt itu. Senangkan?..
-mesti ada yang Tanya (kalau felt tu tgh basah nak buat
macam mana?) jadiii…
2. setelah direndam, perah felt anda tu dengan lembut penuh
kasih sayang untuk mengelakkan nya dari mengalami regangan yang seterusnya
boleh mengakibatkan kualiti dan rupabentuk felt tu berubah. Jadi, tips utk
memerahnya adalah dengan memekap kain felt itu dengan tuala dibahagian atas
felt dan juga bawah felt dan kemudian menggulungkannya perlahan-lahan untuk
make sure dia boleh serap air felt tu hingga kering… pun senangkan?.. hehehe
3.Felt ni pun ala-ala manja juga macam saya… hahahha.. ia
nya perlu dikendalikan dengan teliti kerana fabriknya mudah berbulu dan regang.
So, kalau nak guna utk aktiviti lasak , gunakan felt yg kualitinya lebih tebal
sebab felt yang dah teregang tu susah untuk pulih kembali. Tapi senang je,
kalau felt yang ada tu dah berbulu sedikit, rapikan saje mnggunakan gunting.
InsyaAllah cantik kembali.
4. Satu lagi, kalau kena kotoran, basuh dengan air suam dan
gunakan sabun seminima mungkin ye. Don’t ever use hot water sebab nanti kain
felt anda akan mengecut. Jangan juga kenakan haba yang tinggi kerana felt akan
cair dan merosakkan bentuknya.
5. untuk new crafters di luar sana, kain felt ni sebenarnya
lebih mudah dikendalikan dengan jahitan tangan berbanding jahitan mesin. So,
apabila nak menjahit tu.. pastikan jarum yang kita guna tak terlalu besar dan
tak terlalu kecil. Jarum yang terlalu besar boleh meninggalkan kesan ke atas
kain felt manakala yang terlalu kecil pula bole mematahkan jarum tersebut. Oleh
itu, pilih yang sedang-sedang je ye.. pun macam saya… hehehe
. last but not least, ada orang guna gam pada felt ada org
jahit felt itu utk mencantumkan 2 pieces felt. Actually dua-dua boleh ikut pada
kesenangan masing2. Senang cerita, kalau craft anda tu selalu digunakan lebih
baik lah dijahit, kalau tak kerap barulah gam sahaja. Ini kerana kalau gam,
lama-lama gam akan mengeras, rapuh lalu tertanggal. Tapu kalau jahit…
InsyaAllah tahan lama. Craft felt untuk hiasan sahaja yang sesuai menggunakan
gam.
So, harap info yang saya berikan ni dapat menambahkan lagi
pengetahuan sedia ada kita disamping dimanfaatkan sepenuhnya bersama.
No comments:
Post a Comment