25 July 2014

VITAMIN :- KENAPA KITA PERLU VITAMIN

Assalamulaikum serta selamat  sejahtera..

Disini saya nak kongsi info yang sangat berguna.

kenapa kita perlukan vitamin, bukan sekadar untuk cantik dan sihat sahaja tau ‼

vitamin shaklee

Apa Itu Vitamin


Vitamin maksudnya bahan organik yang sangat diperlukan oleh badan dengan jumlah kecil. Ia berperanan dalam pertumbuhan normal, pengawalan kesihatan, dan pencegahan penyakit. Vitamin biasanya disebut sebagai mikronutrien. Ia membantu pertumbuhan proses protein, karbohidrat, dan lemak dalam badan anda.


Kekurangan Vitamin asas meningkatkan risiko dihidap penyakit

APAKAH kelebihannya jika saya mengambil multivitamin setiap hari? Adakah boleh membantu saya kelihatan cantik atau membuat saya lebih menarik?

Jika anda mengambil multivitamin untuk kelihatan cantik, mungkin konsep anda itu kurang tepat, tetapi keadaan berbeza jika pengambilannya bertujuan untuk kelihatan menarik atau lebih sihat dan ceria.
Pakar Diet Kanan, Pusat Perubatan Prince Court Kuala Lumpur, Farah Diba Khan, berkata sebenarnya, pengambilan multivitamin tidak menjadi sesuatu yang penting kepada mereka yang mengambil pemakanan seimbang.

“Apatah lagi di Malaysia, kita mewah dengan pelbagai pilihan makanan. Oleh itu, khasiat pemakanan yang cukup tidak sepatutnya menjadi masalah.
“Bagaimanapun, kesibukan hidup di kota menyebabkan hampir setiap orang tidak sempat mengambil makanan seimbang dan kandungan mikronutrien secara optimum,” katanya.
Secara saintifik, tubuh memerlukan vitamin untuk berfungsi secara sempurna, iaitu setiap satu daripada 13 vitamin asas seperti A, C, D, E, K dan B12.
“Kekurangan setiap satu vitamin asas ini mendedahkan tubuh kepada penyakit,” katanya.
Farah Diba berkata, multivitamin adalah kombinasi vitamin dalam bentuk tablet, kapsul, cecair dan suntikan.
“Secara umum ia boleh membantu mencegah kekurangan vitamin dan mineral yang digunakan untuk meningkatkan nutrisi penting dalam tubuh,” katanya.

Dalam satu laporan Jurnal Persatuan Perubatan Amerika (JAMA), setiap orang dewasa disaran mengambil satu multivitamin sehari. Jika tahap asid folik, vitamin B6 dan vitamin B12 rendah, seseorang itu terdedah kepada faktor risiko penyakitkardiovaskular, barah kolon dan payu dara selain masalah tiub saraf.
Beliau berkata, faedah paling ketara pengambilan multivitamin ialah mencegah kekurangan vitamin. Dalam sesetengah situasi, keperluan diet anda mungkin meningkat.

“Contohnya, wanita hamil, secara umumnya mereka dinasihatkan memulakan pengambilan multivitamin pada awal kehamilan. Ia bagi memastikan ibu menerima nutrisi sempurna dan mengagihkannya pada janin,” katanya.

Walaupun pengambilan multivitamin sering menjadi isu antara pakar pemakanan dengan pakar perubatan tetapi pada peringkat antarabangsa, pengamal perubatan bersetuju pengambilan multivitamin dan makanan tambahan yang lain tidak memberi kesan buruk kepada pengamalnya.

Kak Zah
Shaklee Independent Distributor [ID No : 966382]
hp: 019 9250031 | fb: che nor azizah | email : cnamfms@gmail.com
shaklee Independent Distributor logo



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...