Apa itu eczema?
Eczema ialah keadaan kulit yang kering
dan gatal yang di sesuatu masa mengakibatkan lebih kurang 15 dan 20 peratus
kanak-kanak. Eczema selalu ternampak buat pertama kali sebelum anak berusia dua
tahun.
Berita baik ialah kebanyakan kanak-kanak
yang menghidap eczema akan beransur pulih menjelang umur belasan tahun. Eczema
tidak dapat dipulihkan, tetapi boleh dikawal dengan rawatan yang sesuai.
Eczema juga dikenali sebagai eczema atopic
atau dermatitis. . Atopic bermakna kecenderungan mendapat penyakit
seperti eczema, asthma dan demam antihistamine (alergi). Kesannya sama: kulit
kering, gatal, merah dan rekah, yang kadangkala meleleh cecair dan berdarah.
Ruang yang lazimnya terkena ialah tangan, muka, leher, siku dan belakang lutut.
Eczema bermakna penghalang kulit tidak
berfungsi sebaik yang patut. Ini boleh membuatkan kulit bayi anda lebih senang
diserang infeksi dan antihistamine antihistamine (alergi) yang boleh membuat
keadaan lebih teruk.
Apa yang menyebabkan eczema?
Kita tak tahu apa yang menyebabkan eczema
tetapi ianya lazim berlaku dalam keluarga-keluarga tertentu. Kondisi antihistamine antihistamine (alergi) termasuk eczema, asthma dan demam antihistamine antihistamine (alergi) semakin meningkat tetapi tiada yang mengetahui apa sebabnya.
Eczema menjejaskan kulit semasa ianya
"meradang" atau "bersemarak". Kulit bayi anda mungkin
bertompok-tompok merah dan gatal selalu, tetapi masa dia meradang tempat-tempat
ini menjadi lebih teruk dan mungkin memerlukan rawatan yang lebih intensif.
Radang eczema boleh berlaku jika ada
iritasi kulit yang disebabkan oleh kimia, seperti bahan pencuci dalam mandian
buih, syampu, serbuk cuci dan pelembut fabrik. Ini diberi nama eczema sentuhan.
Kanak-kanak menghidapi eczema atopic boleh mendapat eczema sentuhan juga, jadi
kedua-duanya boleh menyerang sama-sama. Gunakan emolien bukan sabun dan bahan
pencuci dalam mandian dan anda boleh juga menukar serbuk cuci anda dan melihat
jika ini meredakan eczema bayi anda.
Eczema antihistamine antihistamine
(alergi) sentuhan boleh juga diperolehi. Ini selalunya adalah reaksi kepada
bahan spesifik seperti nikel dalam barang kemas. Adalah didapati, reaksi antihistamine
(alergi) itu boleh merebak dan menjangkiti lain-lain tempat juga.
Eczema amat menjengkelkan bayi sebab
mereka tak mengelak daripada menggaru, dan ini boleh mencetuskan infeksi. Dalam
beberapa kes, eczema boleh mengganggu tidur anak anda dan menjejaskan
keyakinannya, yang boleh mendatangkan kesan ke atas kualiti hidupnya.
Apakah rawatan untuk eczema?
Rawatan eczema bergantung kepada
keterukkannya. Jika anak anda mempunyai eczema ringan dengan sedikit saja ruang
merah dan gatal, anda mungkin hanya dinasihatkan untuk menggunakan losyen
emolien, krim atau salap, kadangkala ditambahkan dengan penggunaan krim rendah
steroid untuk jangka masa yang pendek.
Sudah nyata bahawa kekeringan kulit
membuat eczema menjadi lebih teruk, oleh itu mencegah keradangan dengan
melembapkan kulit adalah penting. Kanak-kanak menghidapi eczema perlu menggunakan
kuantiti banyak emolien beberapa kali sehari untuk mencegah kulit mereka
daripada menjadi kering.
Terdapat banyak variasi pelembap dan
emolien. Anda mungkin perlu mencuba beberapa untuk mendapatkan satu yang paling
sesuai bagi anak anda. Ini datang dalam bentuk krim, salap, losyen dan bahan
tambahan mandian. Krim akueus ialah satu emolien yang murah yang selalu
dipreskripsikan untuk eczema, tetapi elok dielakkan sebab ia mengandungi bahan
cuci yang boleh melecetkan kulit bayi anda.
Anda mungkin perlu menggunakan
sekuantiti emolien yang banyak pada kadar yang kerap. Doktor anda seharusnya
mengulangi preskripsi anda setelah menetapkan yang mana paling mujarab. Juga
baik untuk meminta kuantiti emolien yang ekstra untuk disimpan di prasekolah
anak anda atau tadika.
Adakah penggunaan steroid membahayakan anak saya?
Doktor selalunya mengesyorkan bayi
yang menghidap eczema atopic menggunakan krim steroid dari semasa ke semasa.
Ramai ibubapa telah mendengar tentang kesan sampingan dari penggunaan steroid
secara berlebihan, menyebabkan mereka enggan menggunakannya, terutama sekali
untuk bayi dan kanak-kanak kecil.
Walau bagaimanapun, steroid adalah
selamat jika digunakan secara betul. Kesan sampingan utama ialah membuat kulit
jadi nipis jika digunakan bagi jangka masa panjang, tetapi tiada bukti yang
penipisan ini akan berkekalan.
Adalah penting untuk menggunakan krim
steroid pada kekuatan yang betul, bergantung kepada keterukan eczema, oleh itu
steroid harus digunakan dengan seliaan doktor.
Apabila menggunakan krim steroid,
gunakan secara minima atas ruang-ruang yang terjejas sahaja, tidak lebih dari
dua kali sehari, dan jangan lupa untuk menggunakan banyak krim emolien -
menggunakan emoilien yang banyak tak menjadi masalah.
Apakah rawatan lain yang ada?
Pil antihistamin kadangkala
dipreskripsikan jika eczema anak anda itu tersangat gatal dan jika ianya
mengganggu tidurnya, tetapi ini tidak digunakan secara rutin dalam rawatan eczema.
Yang digunakan bagi anak kecil selalunya membuat dia mengantuk, oleh itu
selalunya diberi di sebelah malam. Anda perlu mendapatkan nasihat doktor anda
sebelum memberi anak kecil antihistamin.
Jika bayi anda menghidapi eczema yang
lebih teruk dia akan memerlukan krim steroid yang lebih kuat dari semasa ke
semasa. Jika eczemanya tidak reda setelah dirawat, dia mungkin perlu dirujukkan
kepada ahli dermatologi untuk mendapatkan rawatan lain.
Lain-lain rawatan yang boleh meredakan
kes-kes eczema teruk termasuk pembalut kering dan satu teknik yang dikenali
sebagai balutan basah - di mana pembalut direndam dalam emoilien atau krim
steroid dan dibalut selapis lagi dengan pembalut kering. Ini membantu ubat
rawatan itu meresap ke dalam kulit.
Rawatan alternatif apa lagikah yang saya boleh cuba?
Setengah ibubapa mendapati bahawa
homeopati dan lain terapi alternatif kadangkala boleh membantu dalam rawatan eczema
walaupun tiada bukti teguh yang ianya efektif.
Saya mendapati produk ESP dengan GLA amat sesuai. Ia sebenarnya berbentuk suplliment di mana Alhamdullilah telah membantu anak saya dengan Izin Allah S.W.T.
ESP |
GLA |
Apa yang akan berlaku jika eczema itu dijangkiti?
Eczema boleh menjadi rumit ditambah
dengan infeksi kulit yang selalunya berlaku jika kulit digaru sehingga melecet.
Jika eczema bayi dijangkiti, ia mungkin berdarah, berkerak atau meleleh cecair
dan memerlukan antibiotik untuk menghilangkan infeksi.
Jika hanya ruang kecil sahaja yang
terjejas, bayi anda mungkin dipreskripsikan krim antibiotik tetapi jika
melibatkan ruang yang besar dia perlu mengambil ubat antibiotik melalui mulut.
Bolehkah saya berbuat sesuatu untuk
mengelakkan anak saya daripada mendapat eczema dari mulanya?
Menyusu badan untuk tempoh
sekurang-kurangnya empat bulan boleh membantu melindungi daripada eczema dan antihistamine
(alergi) lain. Kementerian Kesihatan mengesyorkan penyusuan badan secara
ekslusif selama enam bulan.
Setengah kanak-kanak yang diserang eczema
mungkin juga antihistamine (alergi) kepada susu lembu, namun adalah penting
untuk bercakaplah dengan doktor dahulu sebelum mengeluarkan susu lembu (atau
formula susu lembu) daripada diet bayi anda. Jika anak anda mengambil susu
formula, doktor mungkin mengesyorkan anda mencuba dahulu formula protin
hidrolisis. Formula berasaskan susu soya dan susu kambing tidak disyorkan.
Tiada bukti kuat yang mengelakkan
makanan tertentu semasa anda menyusu atau semasa kehamilan boleh menghindar
bayi anda daripada mendapat eczema, namun begitu tanyalah doktor jika anda
menyusu badan dan makan sesuatu makanan tertentu yang seakan-akan menyebabkan
reaksi kepada bayi anda. Jangan ganti diet anda sebelum berbincang dengan
doktor anda terlebih dahulu.
Terdapat sedikit bukti yang mengambil
probiotik (samada dalam bentuk pil atau makanan seperti yogurt) semasa hamil
boleh mengurangkan kebarangkalian anak anda mendapat eczema, tetapi kajian
lanjut diperlukan.
Adakah apa-apa yang lain yang boleh saya lakukan?
Terdapat lain-lain langkah bantu diri
yang anda boleh cuba:
Elok jika anda menyimpan diari untuk
melihat dan mengesah apakah yang mencetuskan eczema anak anda dan membincang
ini dengan doktor anda.
Setengah pakar percaya yang pendedahan
kepada makanan tertentu akan membuat eczema lebih teruk. Reaksi kepada makanan
secara berasingan sudah tentu boleh ditangani dengan mengelakkan makanan itu,
tetapi jangan tukarkan diet bayi anda secara drastik tanpa berbincang dengan
doktor. Satu penyemakan semula kajian mendapati bahawa mengugurkan makanan
tertentu seperti telur dan susu hanya membantu mereka yang sudah mempunyai antihistamine
(alergi) makanan yang disyaki. Hanya lebih kurang 10 peratus kanak-kanak yang
mempunyai eczema terjejas oleh makanan.
Setengah doktor percaya bahawa kutu
habuk rumah mencetuskan setengah kes eczema walaupun tiada bukti kukuh yang ini
benar. Anda boleh cuba mengurangkan jumlah habuk berderak merata rumah dengan
menggunakan kain basah bukan bulu ayam untuk menyuci. Membasuh kain-kain katil
diperbuat benang setiap minggu pada suhu yang tinggi (50 darjah C atau lebih)
disangkakan boleh membantu, sama seperti mengudarakan bilik bayi anda sehari
sekali dan memvakum tilam sekali seminggu. Namun agak sukar untuk menghapuskan
kutu habuk sama sekali dan ramai doktor percaya lebih baik memberi fokus kepada
rawatan eczema.
Pakaian jenis kain benang boleh
membantu, tetapi wul dan benang sintetik boleh membuat keadaan lebih teruk.
Bilik yang panas boleh membuat eczema
lebih teruk, oleh itu pastikan kain-kain katil dan pakaian itu ringan dan
berlapis, untuk membolehkan anda mengubahsuai suhu bayi anda dengan lebih
mudah. Baca lagi tentang bagaimana memastikan bayi anda nyaman dalam cuaca
hangat.
Pastikan kuku bayi pendek untuk
mengelak iritasi kulit akibat menggaru.
Set Eczema serta Cara pemakanan
Suplimen untuk eczema dan gatal-gatal:
Paling asas: ESP dan
GLA
The BEST OPTION: ESP,
GLA, B Compleks dan Vitamin C
cara makan yang saya amalkan:
Mulakan dengan
bismillah dan selawat ke atas nabi.
Pagi: Amik ESP 2 sudu
besar dengan air suam-suam kuku. Nak tambah apa-apa pun boleh
selain kopi dan teh. Contoh nak tambah milo, horlicks, apa-apa ajer,..boleh...asalkan air
sejuk atau suam-suam kuku sahaja.. JANGAN AIR PANAS. sebab protin boleh mati
dengan air panas.(Then amik 1 biji B compleks)
selain kopi dan teh. Contoh nak tambah milo, horlicks, apa-apa ajer,..boleh...asalkan air
sejuk atau suam-suam kuku sahaja.. JANGAN AIR PANAS. sebab protin boleh mati
dengan air panas.(Then amik 1 biji B compleks)
Tengahari: Amik 5 biji
vitamin c chewable. kalau vitamin c sustained release amik 1 biji saja.
Petang: Amik GLA 1biji
Malam: GLA 1 biji lagi
No comments:
Post a Comment